Cemerlang Di Dunia, Sejahtera Di Akhirat

    Memudahkan Anda Berwaqaf: Semua orang mampu, Mana-mana pun boleh!!!

Berita

view:  full / summary

Lan Pet Pet membantu promosi Waqaf PEYATIM

Posted by yawatim on January 15, 2015 at 2:35 AM Comments comments (0)

"Lan Pet Pet membantu mempromosi Waqaf PEYATIM di cawangan Pos Malaysia Giant Putra Heights."


SUKYA 2014

Posted by yawatim on July 25, 2014 at 2:05 AM Comments comments (0)

Pada 9hb Jun 2014, Temasya Sukan Anak-Anak Yatim Malaysia (SUKYA) telah dianjurkan di Stadium Proton City, Tanjung Malim. 


Majlis Pelancaran Waqaf Pendidikan PEYATIM Melalui Potongan Gaji

Posted by yawatim on April 15, 2014 at 11:05 PM Comments comments (0)

10 April 2014 - Ceo Telekom Malaysia (TM) Tan Sri Zamzamzairani Bin Mohd Isa melancar skim berwaqaf melalui potongan gaji oleh anggota TM. TanSri menyarankan kakitangan TM utk berwaqaf sbg alat utk merealisasikan 'upward mobility' bukan shj dikalangan anak yatim dan anak miskin, tetapi juga dikalangan anggota TM yg beramal jariah.

Iaitu spt yg dianjur dlm Islam, utk kita mendapat rezeki yg lebih, kita hendaklah lebih dahulu memberi dgn cara bersedeqah. Sedeqah kpd waqaf peyatim ini akan memberi peluang kpd anak anak yatim atau miskin menaik taraf hidup mereka melalui pendidikan yg diperolehi.

Tan sri juga menggesa semua staf TM utk segera merebut peluang ini semasa ia masih ada.


BERITA/Artikel Akhbar Sisipan IPTA/IPTS

Posted by yawatim on March 4, 2014 at 11:35 AM Comments comments (0)

University College Bestari (UCB) menawarkan program keusahawanan dan peluang pekerjaan kepada bakal graduan mereka.

UCB menawarkan Entrepreneurship And Graduate Employability Scheme (EGES) kepada pelajar-pelajar Diploma dan Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dan Ekonomi bagi kemasukan Januari 2014.

Ini bermakna, setiap graduan UCB dalam bidang tersebut akan boleh terus memulakan perniagaan sendiri atau bekerja sebaik sahaja tamat pengajian di UCB.

Beberapa bidang perniagaan telah dikenalpasti untuk diceburi oleh graduan UCB, termasuk dalam Briged Keusahawanan yang telah dibangunkan oleh UCB sendiri, di bawah kelolaan Prof Dato’ Dr Sudin Haron.

Selain dari itu, beberapa jenis perniagaan francais di bawah PNS akan dikenalpasti sendiri oleh pelajar semasa memulakan pengajian mereka di UCB.

Manakala pekerjaan yang ditawarkan adalah sebagai Eksekutif Pemasaran, Eksekutif Akaun dan Eksekutif Pengurusan Kewangan di beberapa syarikat milik PEYATIM dan syarikat milik Kerajaan (GLC) yang akan mempunyai kerjasama dengan UCB.

Ini termasuk jawatan yang ditawar oleh Yayasan Waqaf Pendidikan Anak Yatim Atau Miskin Malaysia (YAWATIM), yang bertanggung jawab memasarkan lot lot tanah untuk diwaqafkan bagi mengumpul dana untuk Tabung Waqaf Pendidikan Anak Yatim Atau Miskin Malaysia.

Dalam program EGES ini, selain dari kurikulum Diploma dan Sarjana Muda yang telah ditetapkan, setiap pelajar di UCB akan mengikuti beberapa siri kelas tambahan, seminar, forum dan latihan amali semasa hujung minggu dan cuti semester yang diatur sepanjang pengajian mereka di UCB.

Program EGES akan menentukan setiap graduan UCB akan didedahkan kepada dunia keusahawanan dan situasi pekerjaan sebenar semasa mereka belajar lagi, dan mereka akan terus boleh berniaga atau bekerja sebaik sahaja tamat pengajian.

(Catitan - Berita ini akan disiarkan dalam bentuk temuramah wartawan bersama YM Prof Dato’ Dr Tengku Mahmud Mansor dan Prof Dato’ Dr Sudin Haron)

ENTREPRENEURSHIP AND GRADUATE EMPLOYABILITY SCHEME (EGES)

PENGENALAN

1. Bilangan graduan yang tamat pengajian dari IPT bertambah setiap tahun menjadikan peluang mendapatkan pekerjaan untuk lepasan IPT sangat kompetitif, padahal bilangan majikan yang menawarkan jawatan kosong semasa ekspo-ekspo pekerjaan amat tinggi.

2. Galakan dari Kerajaan untuk meningkatkan bilangan usahawan dari kalangan graduan IPT juga masih tidak mendapat sambutan dari graduan IPT atau kadar kegagalan yang tinggi.

3. Kadar pengangguran graduan Bumiputera amat tinggi berbanding dengan bukan Bumiputera.

4. Graduan bukan Bumiputera akan terus berniaga jika tiada pekerjaan atau sementara menunggu tawaran pekerjaan yang sesuai.

5. Kebanyakan korporat termasuk agensi Kerajaan kini focus kepada pemasaran yang lebih agresif, termasuk outsourcing fungsi pemasaran mereka. Malangnya bilangan graduan IPT Bumiputera yang berminat dalam pekerjaan pemasaran amat rendah.

PROGRAM ENTREPRENEURSHIP UCB

Tujuan program ini ialah untuk melahirkan usahawan-usahawan muda dari kalangan graduan UCB yang akan mula berniaga sebaik sahaja tamat pengajian mereka di UCB.

Diantara bidang perniagaan yang disediakan ialah sebagai Islamic Wealth Management Consultancy dan di masa akan datang, perniagaan-perniagaan francais di bawah Perbadanan Nasional Berhad (PNS), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan TEKUN Nasional.

Program ini akan dikendalikan oleh Prof Dato’ Dr Sudin Haron, yang mengandungi beberapa siri aktiviti, termasuk:

1. Ceramah dan kelas kemahiran hujung minggu

2. Lawatan ke premis perniagaan

3. Forum dan seminar

4. Latihan sangkutan bersama usahawan (Francaisi) sedia ada.

Aktiviti-aktiviti tersebut akan diadakan pada hujung minggu dan cuti semester bermula tahun 1 hingga tahun akhir pelajar-pelajar Diploma dan Sarjana Muda di UCB.

PROGRAM GRADUATE EMPLOYABILITY SCHEME UCB

Tujuan program ini ialah untuk menyediakan tenaga kerja YAWATIM dan beberapa syarikat korporat dan GLC yang mempunyai perjanjian pemasaran dengan YAWATIM.

Program ini akan dikendalikan sendiri oleh CEO YAWATIM, yang juga mengandungi beberapa siri aktiviti, termasuk:

1. Ceramah dan kelas kemahiran hujung minggu

2. Lawatan ke premis kerja

3. Forum dan seminar

4. Latihan amali dengan bakal majikan

Aktiviti-aktiviti tersebut juga akan diadakan pada hujung minggu dan cuti semester bermula tahun 1 hingga tahun akhir pelajar-pelajar Diploma dan Sarjana Muda di UCB.

ISI KANDUNG PROGRAM EGES

Ceramah –

1. Mengenali dunia pekerjaan dan keusahawanan

2. Memahami keperluan kepakaran dan memilih perniagaan atau kerjaya

3. Mendalami keperluan kepakaran dalam perniagaan atau kerjaya

4. Mengenali dan mencari peluang pekerjaan dan perniagaan

5. Tips and Traps – dalam dunia pekerjaan dan perniagaan

6. Membina roadmap kerjaya / empayar perniagaan

7. Office/Business Politics – Technical know-who vs Technical know-how

Kemahiran asas –

1. Komunikasi /Bahasa - lisan dan penulisan

2. Penggunaan komputer – Internet, MS Office

3. Penggunaan media sosial – FB, Twitter, Blog

4. Penyediaan kertas cadangan dan kertas kerja

5. Membina Business contacts database

6. Sourcing and outsourcing

Forum/Seminar –

Tajuk-tajuk berkaitan isu semasa perniagaan / pekerjaan semasa cuti hujung minggu atau semester.

Latihan amali/sangkutan

Latihan amali di premis usahawan sedia ada/ bakal majikan, semasa cuti semester.

PENCERAMAH/TENAGA PENGAJAR/FASILITATOR –

1. Prof Dato Dr Sudin Haron

2. Maslah Abdullah, CEO YAWATIM

3. Penceramah/tenaga pengajar jemputan

 

Selamat Datang 2014~

Posted by yawatim on January 2, 2014 at 10:50 PM Comments comments (0)

Kami kakitangan Peyatim dan Yawatim mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada Semua penderma, khususnya dan umat-umat Islam.

Berwaqaf, pahalanya mengalir tiada henti

Posted by yawatim on October 11, 2013 at 11:40 AM Comments comments (0)

AWAK HANYA ADA 1 JAM SAHAJA LAGI UNTUK HIDUP!!!! (Kisah Benar)

Posted by yawatim on September 20, 2013 at 4:40 AM Comments comments (0)

Apa yang diceritakan oleh sahabat saya (kisah benar) berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang cantik dan baik hati.

 

Suri rumahtangga sepenuhnya.

 

Dikurniakan dua orang anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun.

 

Beliau berkerja di sebuah syarikat antarabangsa sebagai maintenance engineer di samping memegang jawatan sebagai penyelia Emergency Responce Team ( ERT ) di kilangnya.

 

Tugasnya agak sibuk dan adakalanya berkerja sehinga lewat malam dan juga di hujung minggu.

 

Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya sewaktu ke tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi.

 

Kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba memotong sebuah van kilang yang lain di sebuah selekoh di sebatang jalan raya.

 

Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar selama 47 hari lagi.

 

Saya di antara orang yang awal sampai di hospital selepas mendapat panggilan dari isterinya.

 

Saya juga di antara orang yang pertama dilihatnya selepas beliau sedar dari koma selepas isteri dan doktor yang merawatnya.

 

Sewaktu beliau koma, beliau telah didatangi oleh seorang malaikat dan mengatakan padanya usia beliau hanya tinggal 1 jam saja iaitu pada hari Ahad, jam 1.45 petang.

 

Walau bagaimanapun Allah akan menangguhkan kematiannya sekiranya ada 50 orang yang mendoakan secara ikhlas akan panjang usianya.

 

Beliau agak kebingungan ketika itu.

 

Beliau bertanyakan sudah ada berapa orangkah yang mendoakannya secara ikhlas sehingga kini.

 

Jawab malaikat itu hanya baru 3 orang.

 

Malaikat menunjukkan sesiapakah orang-orang itu.

 

Dilihatnya insan itu ialah isteri beliau yang bercucuran airmata sejak hari pertama lagi beliau di hospital itu dan juga kedua anak beliau yang sedang tidur tergolek di kerusi menunggu pesakit di luar wad.

 

Malaikat itu juga telah memperlihatkan akan mereka yang mendoakannya iaitu kawan-kawannya termasuk saya, ahli kariah masjid yang membacakan surah Yasin untuknya.

 

Ibubapanya, ibubapa isterinya, adik beradik, sahabat handai dan rakan sepejabat.

 

Kesemua di antara mereka telah melawatnya dan mendoakannya tetapi tidak diterima oleh Allah.

 

Beliau bertanya kepada malaikat itu, mengapa doa mereka tidak diterima.

 

Malaikat menjawab, tiada keikhlasan 100% di hati mereka.

 

Masa kian suntuk.

 

Dia pun tidak tahu mengapa malaikat memperuntukkan masa yang begitu singkat kepadanya untuk hidup di dunia ini.

 

Apa yang akan terjadi padanya kini?

 

Dia pun kurang pasti.

 

Malaikat terus menunggu dan melihat waktu yang kian menghampiri jam 1.45 petang.

 

Hanya tinggal 10 minit lagi.

 

Adalah mustahil untuk mencari 47 orang yang ikhlas mendoakan panjang usianya dalam masa sesingkat itu.

 

Dia bertanyakan malaikat itu, adakah tuan akan mencabut nyawa sekiranya saya gagal mendapat 47 orang berkenaan?

 

Jawab Malaikat "Ya:.

 

Kurang dari 1 minit, malaikat menghampirinya....

 

Kemudian....secara tiba2 apabila masa tinggal kurang dari setengah minit, malaikat makin menghampirinya dan berkata,

 

"Allah mengkabulkan doa mereka yang mendoakan panjang usia anda. Anda berjaya mendapat 50 orang ikhlas yang berbuat demikian"

 

Sahabat saya bertanya, "siapakah orang-orang itu?"

 

Malaikat menunjukkan mereka itu.

 

Mereka adalah jemaah anak yatim yang baru saja menunaikan solat Zohor sebentar tadi dan berdoa untuk anda.

 

Anda pernah pergi ke rumah anak-anak yatim berkenaan pada bulan Ramadhan yang lalu dan pernah menghulurkan bantuan kewangan.

 

Mereka telah terbaca di dalam akhbar harian berkenaan kemalangan anda dan Zohor tadi mereka telah bersolat dan berdoa untuk anda.

 

Doa ikhlas mereka diterima Allah swt.

 

Malaikat itu kemudiannya ghaib dan tepat 1.45 petang sahabat saya tersedar dari komanya dan meraung kesedihan.

 

Isteri beliau yang ada di sisinya turut menangis dan juga saya.

 

Saya sebenarnya tidak tahu pada ketika itu apa yang berlaku padanya di dalam komanya dan mengapa beliau menangis selepas sedar dari komanya.

 

Setelah beberapa ketika barulah cerita di atas ini diceritakan pada saya untuk tatapan anda semua.

 

Apa yang disesalkan:

 

1. Beliau telah mengabaikan masa santai bersama isteri dan anaknya kerana mengejar duit dan tanggungjawab kerja.

 

Sedangkan isteri dan anak-anaknya amat sayang padanya dan doa mereka amat ikhlas.

 

2. Dia telah mengabaikan tanggungjawab sosial dengan jiran dan masyarakat sekeliling dan ini menyebabkan mereka tidak ada rasa kasih pada nya walau pun dia akan mati

 

3. Dia telah mengabaikan dan tidak menepati janji-janji pada kawan-kawan sehingga kawan-kawannya marah padanya dan sehingga doa2 mereka tidak ikhlas.

 

4. Beliau jarang pergi masjid kecuali pada hari Jumaat dan ini menyebabkan jemaah masjid kurang mengenalinya dan menyebabkan doa mereka tiada keikhlasan

 

5. Beliau jarang memberi sedekah dan amal jariah.

 

Nasiblah ada sumbangan ke rumah anak yatim yang diberikan tempoh hari atas desakan isteri beliau.

 

6. Beliau jarang bertolak ansur dengan kakitangannya walaupun hal-hal yang remeh.

 

Ini menyebabkan kakitangannya membencinya dan doa mereka juga tiada keikhlasan.

 

7. Beliau jarang berkunjung ke rumah adik beradik dan takut adik beradik meminjam wang dengannya.

 

Ini menyebabkan juga tiada keikhlasan dari mereka.

 

8. Beliau banyak kali menyakiti hati hati ke dua ibubapanya kerana tidak menunaikan janji untuk balik ke kampung pada hari-hari tertentu lantaran kerja beliau.

 

Ini menyebabkan ibubapanya marah. Kes ini hanya Allah yang tahu.

 

9. Beliau gagal menunaikan solat pada waktunya lantaran kerja beliau atau adakalanya tertinggal terus terutamanya solat Asar

 

10. Beliau tidak menunaikan zakat walaupun beliau memang layak berbuat demikian.

 

Sahabat : Allah masih sayang pada sahabat saya ini ataupun ianya untuk memberi pengajaran pada kita melalui tulisan saya ini.

 

Ambillah iktibar dari kisah ini.

 

Sahabat saya ini masih gagal untuk mendapatkan perlindungan takaful disebabkan oleh kemalangan dan kecederaannya.

 

Dirikan solat tepat pada waktunya, keluarkanlah zakat.

 

Luangkan masa bersama keluarga.

 

Imarahkan masjid selalu.

 

Baliklah selalu lihat wajah ibubapa kerana Allah akan memberikan pahala ke atas perbuatan kita itu.

 

Berbaiklah dengan jiran dan kenalilah mereka.

 

Bertolak ansurlah dengan mereka yang memerlukan.

 

Ingat! kita akan dapat apa yang kita telah beri.

 

Selalulah memberi.

https://www.facebook.com/ustaznasir

 

Selamat Datang ke Laman Web Yawatim

Posted by yawatim on September 6, 2013 at 3:00 PM Comments comments (1)

Apa Dia Waqaf?

Menyerahkan harta yang dimiliki untuk kegunaan umum, dengan niat ibadat mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.

DALIL:-

“Bandingan (pahala) orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakinya dan Allah Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha Mengetahui”

Surah Al-Baqarah 2: 261

 

Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud:

“ Apabila mati anak Adam, terputuslah amalnya kecuali tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya”

(Riwayat Abu Hurairah)

 

Waqaf Tanah Tapak University College Bestari

Posted by yawatim on September 6, 2013 at 3:20 AM Comments comments (1)

Tapak KTB (Kolej Teknologi Bestari) yang kini telah dinaik taraf kepada University College Bestari (UCB) yang seluas 320 ekar (1,299,000 meter persegi) di Lot No. 3214 Mukim Tasik, Setiu Terengganu akan diwaqafkan dengan kadar RM 300.00 (RM Tiga Ratus) bagi setiap meter persegi (RM 30.00 bagi 1/10 meter persegi).

WAQAF telah diluluskan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dalam mesyuaratnya pada 18 Mei 2009 melalui suratnya:-

Ruj: MAIDAM .03-003/46-(11) bertarikh 13 Julai 2009.

 


Rss_feed