Cemerlang Di Dunia, Sejahtera Di Akhirat

    Memudahkan Anda Berwaqaf: Semua orang mampu, Mana-mana pun boleh!!!

University College Bestari

Dulu dikenali sebagai Kolej Teknologi Bestari (KTB), ditubuhkan pada 14hb Jun 1988 di Saujana, Setiu, Terengganu. Pada tahun 2004 KTB telah berpindah ke kampus tetap di Putera Jaya, Setiu, Terengganu.

 

KTB menjalin kerjasama dengan beberapa buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tempatan dan luar negara. Kursus di peringkat Ijazah, Diploma dan juga Sijil dalam pelbagai disiplin ilmu ditawarkan di KTB.

 

Pelajar disediakan dengan pelbagai kemudahan seperti asrama, perpustakaan, dewan teater, surau, gelanggang untuk rekreasi dan pengangkutan.

Pelajar juga diusahakan mendapat tajaan pinjaman pelajaran daripada pelbagai agensi seperti MARA, Yayasan Pelajaran MARA (YPM) dan PTPTN.

 

Pada Ogos 2012, Kolej Teknologi Bestari dinaiktaraf sebagai sebuah kolej universiti yang diiktiraf dan kini dinamakan UNIVERSITY COLLEGE BESTARI (UCB).

UCB menawarkan kursus di peringkat Diploma, Ijazah, Masters serta PhD.

Beberapa buah cawangan Pusat Pengajian (Learning Centre) juga sedang dalam proses penubuhan di seluruh Malaysia.

Institut Kemahiran Bestari

Institut Kemahiran Bestari (IKB) ditubuhkan pada 26 September 2002. Tujuan utamanya adalah untuk menyediakan program latihan yang kompetitif kepada anak yatim dan golongan PPRT (Program Pembangunan Rakyat Termiskin) di seluruh negara.Penubuhan IKB juga membuka peluang kepada anak yang lebih cenderung dalam bidang kemahiran, dan yang kurang berminat dalam bidang akademik.

Bangunan Pentadbiran & Kuliah UCB

Peluang untuk semua mendapatkan Ijazah