Cemerlang Di Dunia, Sejahtera Di Akhirat

    Memudahkan Anda Berwaqaf: Semua orang mampu, Mana-mana pun boleh!!!

Berita

BERITA/Artikel Akhbar Sisipan IPTA/IPTS

Posted by yawatim on March 4, 2014 at 11:35 AM

University College Bestari (UCB) menawarkan program keusahawanan dan peluang pekerjaan kepada bakal graduan mereka.

UCB menawarkan Entrepreneurship And Graduate Employability Scheme (EGES) kepada pelajar-pelajar Diploma dan Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dan Ekonomi bagi kemasukan Januari 2014.

Ini bermakna, setiap graduan UCB dalam bidang tersebut akan boleh terus memulakan perniagaan sendiri atau bekerja sebaik sahaja tamat pengajian di UCB.

Beberapa bidang perniagaan telah dikenalpasti untuk diceburi oleh graduan UCB, termasuk dalam Briged Keusahawanan yang telah dibangunkan oleh UCB sendiri, di bawah kelolaan Prof Dato’ Dr Sudin Haron.

Selain dari itu, beberapa jenis perniagaan francais di bawah PNS akan dikenalpasti sendiri oleh pelajar semasa memulakan pengajian mereka di UCB.

Manakala pekerjaan yang ditawarkan adalah sebagai Eksekutif Pemasaran, Eksekutif Akaun dan Eksekutif Pengurusan Kewangan di beberapa syarikat milik PEYATIM dan syarikat milik Kerajaan (GLC) yang akan mempunyai kerjasama dengan UCB.

Ini termasuk jawatan yang ditawar oleh Yayasan Waqaf Pendidikan Anak Yatim Atau Miskin Malaysia (YAWATIM), yang bertanggung jawab memasarkan lot lot tanah untuk diwaqafkan bagi mengumpul dana untuk Tabung Waqaf Pendidikan Anak Yatim Atau Miskin Malaysia.

Dalam program EGES ini, selain dari kurikulum Diploma dan Sarjana Muda yang telah ditetapkan, setiap pelajar di UCB akan mengikuti beberapa siri kelas tambahan, seminar, forum dan latihan amali semasa hujung minggu dan cuti semester yang diatur sepanjang pengajian mereka di UCB.

Program EGES akan menentukan setiap graduan UCB akan didedahkan kepada dunia keusahawanan dan situasi pekerjaan sebenar semasa mereka belajar lagi, dan mereka akan terus boleh berniaga atau bekerja sebaik sahaja tamat pengajian.

(Catitan - Berita ini akan disiarkan dalam bentuk temuramah wartawan bersama YM Prof Dato’ Dr Tengku Mahmud Mansor dan Prof Dato’ Dr Sudin Haron)

ENTREPRENEURSHIP AND GRADUATE EMPLOYABILITY SCHEME (EGES)

PENGENALAN

1. Bilangan graduan yang tamat pengajian dari IPT bertambah setiap tahun menjadikan peluang mendapatkan pekerjaan untuk lepasan IPT sangat kompetitif, padahal bilangan majikan yang menawarkan jawatan kosong semasa ekspo-ekspo pekerjaan amat tinggi.

2. Galakan dari Kerajaan untuk meningkatkan bilangan usahawan dari kalangan graduan IPT juga masih tidak mendapat sambutan dari graduan IPT atau kadar kegagalan yang tinggi.

3. Kadar pengangguran graduan Bumiputera amat tinggi berbanding dengan bukan Bumiputera.

4. Graduan bukan Bumiputera akan terus berniaga jika tiada pekerjaan atau sementara menunggu tawaran pekerjaan yang sesuai.

5. Kebanyakan korporat termasuk agensi Kerajaan kini focus kepada pemasaran yang lebih agresif, termasuk outsourcing fungsi pemasaran mereka. Malangnya bilangan graduan IPT Bumiputera yang berminat dalam pekerjaan pemasaran amat rendah.

PROGRAM ENTREPRENEURSHIP UCB

Tujuan program ini ialah untuk melahirkan usahawan-usahawan muda dari kalangan graduan UCB yang akan mula berniaga sebaik sahaja tamat pengajian mereka di UCB.

Diantara bidang perniagaan yang disediakan ialah sebagai Islamic Wealth Management Consultancy dan di masa akan datang, perniagaan-perniagaan francais di bawah Perbadanan Nasional Berhad (PNS), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan TEKUN Nasional.

Program ini akan dikendalikan oleh Prof Dato’ Dr Sudin Haron, yang mengandungi beberapa siri aktiviti, termasuk:

1. Ceramah dan kelas kemahiran hujung minggu

2. Lawatan ke premis perniagaan

3. Forum dan seminar

4. Latihan sangkutan bersama usahawan (Francaisi) sedia ada.

Aktiviti-aktiviti tersebut akan diadakan pada hujung minggu dan cuti semester bermula tahun 1 hingga tahun akhir pelajar-pelajar Diploma dan Sarjana Muda di UCB.

PROGRAM GRADUATE EMPLOYABILITY SCHEME UCB

Tujuan program ini ialah untuk menyediakan tenaga kerja YAWATIM dan beberapa syarikat korporat dan GLC yang mempunyai perjanjian pemasaran dengan YAWATIM.

Program ini akan dikendalikan sendiri oleh CEO YAWATIM, yang juga mengandungi beberapa siri aktiviti, termasuk:

1. Ceramah dan kelas kemahiran hujung minggu

2. Lawatan ke premis kerja

3. Forum dan seminar

4. Latihan amali dengan bakal majikan

Aktiviti-aktiviti tersebut juga akan diadakan pada hujung minggu dan cuti semester bermula tahun 1 hingga tahun akhir pelajar-pelajar Diploma dan Sarjana Muda di UCB.

ISI KANDUNG PROGRAM EGES

Ceramah –

1. Mengenali dunia pekerjaan dan keusahawanan

2. Memahami keperluan kepakaran dan memilih perniagaan atau kerjaya

3. Mendalami keperluan kepakaran dalam perniagaan atau kerjaya

4. Mengenali dan mencari peluang pekerjaan dan perniagaan

5. Tips and Traps – dalam dunia pekerjaan dan perniagaan

6. Membina roadmap kerjaya / empayar perniagaan

7. Office/Business Politics – Technical know-who vs Technical know-how

Kemahiran asas –

1. Komunikasi /Bahasa - lisan dan penulisan

2. Penggunaan komputer – Internet, MS Office

3. Penggunaan media sosial – FB, Twitter, Blog

4. Penyediaan kertas cadangan dan kertas kerja

5. Membina Business contacts database

6. Sourcing and outsourcing

Forum/Seminar –

Tajuk-tajuk berkaitan isu semasa perniagaan / pekerjaan semasa cuti hujung minggu atau semester.

Latihan amali/sangkutan

Latihan amali di premis usahawan sedia ada/ bakal majikan, semasa cuti semester.

PENCERAMAH/TENAGA PENGAJAR/FASILITATOR –

1. Prof Dato Dr Sudin Haron

2. Maslah Abdullah, CEO YAWATIM

3. Penceramah/tenaga pengajar jemputan

 

Categories: None

Post a Comment

Oops!

Oops, you forgot something.

Oops!

The words you entered did not match the given text. Please try again.

You must be a member to comment on this page. Sign In or Register

0 Comments