University College Bestari
Dulu dikenali sebagai Kolej Teknologi Bestari (KTB), ditubuhkan pada 14hb Jun 1988 di Saujana, Setiu, Terengganu. Pada tahun 2004 KTB telah berpindah ke kampus tetap di Putera Jaya, Setiu, Terengganu.
KTB menjalin kerjasama dengan beberapa buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tempatan dan luar negara. Kursus di peringkat Ijazah, Diploma dan juga Sijil dalam pelbagai disiplin ilmu ditawarkan di KTB.
Pelajar disediakan dengan pelbagai kemudahan seperti asrama, perpustakaan, dewan teater, surau, gelanggang untuk rekreasi dan pengangkutan.
Pelajar juga diusahakan mendapat tajaan pinjaman pelajaran daripada pelbagai agensi seperti MARA, Yayasan Pelajaran MARA (YPM) dan PTPTN.
Pada Ogos 2012, Kolej Teknologi Bestari dinaiktaraf sebagai sebuah kolej universiti yang diiktiraf dan kini dinamakan UNIVERSITY COLLEGE BESTARI (UCB).
UCB menawarkan kursus di peringkat Diploma, Ijazah, Masters serta PhD.
Beberapa buah cawangan Pusat Pengajian (Learning Centre) juga sedang dalam proses penubuhan di seluruh Malaysia.